? ??????????????Blooming Red? ????? ?? ???Rating: 3.9 (15 Ratings)??0 Grabs Today. 10223 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Man BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, November 13, 2012

KAULAH RATU DUNIA


BALQIS LYRICS
Biar apa pun rupa yang terbina
Takkan gentar merela kehendaknya
Terdengarlah bicara tersembunyi
Yang tertebar di langit dan di bumi
Siapakah yang mampu menundukkan bayu
Siapakah yang tahu hanya ada satu
Turut titah setia ratu kota
Lirik mata yang cerah bak sahmura
Singgahsana nan indah tak terperi
Halus santunnya wajah bidadari
Siapa yang mengutus surat keajaiban
Siapa yang menghunus rebah di pelukan
Lai lai lai lai lai lai lai lai lai lai
Bisakah jelita luruh kuasa

Lai lai lai lai lai lai lai lai lai lai
Terpukau hatinya demi sakti kurnia
Laksana terkalam tiada diilham
Segala ternyata hanya sekelip mata (Syahadah)
Terpedaya istana kaca
Terkesima kata mulia
Seribu utusan
Mahkota hiasan
Membingkis berita
Damaikan dua kota
Agungnya... suara... sucinya... sang cinta..

Thursday, December 17, 2009

PEJUANG : TOK KENALI

Beliau ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar Negeri Kelantan. Di kenali diperingkat awal dengan panggilan Awang Kenali oleh gurunya Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani.Pada tahun 1887 ke Makkah utk belajar. Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau makan ataupun tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan yang begitu kuat. Beliau duduk dalam halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur. Hampir semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat. Antaranya ialah Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak. Beliau aktif menulis. Antara karyanya: Risalatud Durril Mantsurterjemahan dan penjelasan Fadhilat Burdah Bushiri, Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih. Terlibat dlm menyelesaikan pertikaian antara Syeikh Yusuf al-Nabhani dengan Muhammad Abduh (pemimpin Kaum Muda Mesir)Para alim ulamak, asatizah dan orang ramai menyembahyangkan jenazahnya di hari kewafatan beliau pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan oleh Tuan Guru Hj Mohammad Nor bekas Mufti Kelantan.

Friday, December 11, 2009

MY FAMILY







PUTERI SINAR AD-DIN


















Saturday, November 7, 2009

SALAM PERJUANGAN 1

Mufti Pehin Ismail (Mantan Mufti Brunei DarusSalam)

"Adalah mazhab as-Salafiyah yang dihidupkan oleh al-Allamah Ibnu Taimiyah dan yang dipakai serta diamalkan oleh al-Wahhabiyah itu bukan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia keluar dari mazhab yang empat. Mazhab as-Salafiyah berdasarkan Allah berjisim dan menyerupai makhluk"-Tasawuf dan Tarikat Menurut Pandangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah hlm 155-156

sumber : salah satu blog yang wujud di internet

SALAM PEJUANGAN

SYEIKH UTHMAN JALALUDDIN PENANTI

"Dan dikehendaki dengan kaum yang keluar dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah itu spt kaum Wahhabi dan kaum Rafidhi dan lain2, kerana diriwayatkan dari Ibn 'Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Akan keluar oleh manusia dari sebelah masyriq (timur) Madinah, hal keadaan mereka itu membaca akan al-Quran padahal tiada melampaui akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa AS." Ini Kerana puak Wahhabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah & Madinah dan mereka itulah yg membaca akan al-Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu."-Kitab ad-Durratun Naafi'ah fi Asyraathis Sa'ah-Bab Kenyataan Alamat Kiamat Yg Telah Jatuh, hlm 15-16

Friday, September 11, 2009

Pejuang Berkarisma

Siapakah beliau? Beliau sebenarnya adalah Sheikh Ahmed Hussein Deedat atau lebih dikenali dengan nama Ahmad Deedat. Lahir di Gujarat, India pada 1 Julai 1918M bersamaan 22 Ramadhan 1336H. Beliau sangat dikenali sebagai seorang pendakwah Islam yang sangat berkarisma, tawadhuk serta sangat bijak berdebat menentang pendakwah-pendakwah kristian. Walaupun telah meninggal dunia pada 20 Ogos 2005, namun warisan dan perjuangan beliau masih diteruskan. Syeikh Ahmad Deedat juga adalah pengasas kepada Islamic Propagation Centre International.