Mufti Pehin Ismail (Mantan Mufti Brunei DarusSalam)
"Adalah mazhab as-Salafiyah yang dihidupkan oleh al-Allamah Ibnu Taimiyah dan yang dipakai serta diamalkan oleh al-Wahhabiyah itu bukan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia keluar dari mazhab yang empat. Mazhab as-Salafiyah berdasarkan Allah berjisim dan menyerupai makhluk"-Tasawuf dan Tarikat Menurut Pandangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah hlm 155-156
sumber : salah satu blog yang wujud di internet
Saturday, November 7, 2009
SALAM PERJUANGAN 1
Posted by Mohd Fadzli Bin Samsudin at 6:21 PM 0 comments
SALAM PEJUANGAN
SYEIKH UTHMAN JALALUDDIN PENANTI
"Dan dikehendaki dengan kaum yang keluar dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah itu spt kaum Wahhabi dan kaum Rafidhi dan lain2, kerana diriwayatkan dari Ibn 'Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Akan keluar oleh manusia dari sebelah masyriq (timur) Madinah, hal keadaan mereka itu membaca akan al-Quran padahal tiada melampaui akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa AS." Ini Kerana puak Wahhabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah & Madinah dan mereka itulah yg membaca akan al-Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu."-Kitab ad-Durratun Naafi'ah fi Asyraathis Sa'ah-Bab Kenyataan Alamat Kiamat Yg Telah Jatuh, hlm 15-16
Posted by Mohd Fadzli Bin Samsudin at 6:19 PM 0 comments